Nuffnang Ads

Jumaat, 9 September 2011

Sombong ke?

Pagi tadi masa hantar anak-anak kat nursery, cikgu nursery tu ada bagitahu ada parent anak-anak kat situ yang kata muka kita ni masam.

Parent budak tu kata kat cikgu nursery tu yang dia selalu jer senyum kat kita tapi kita tak pernah balas senyuman kat dia. Muka masam jer.......Sekarang dia dah tak berani nak senyum dengan kita...

Tapi ye la kan.....pagi-pagi tu kekadang anak-anak buat hal kat rumah dan dalam kereta. Kita nak cepat, tapi dia orang ada je benda yang dibuat membuatkan kita jadi lambat. Tu la agaknya bila sampai nursery muka masam mencuka.......

Muka kita ni muka sombong ek? Masam sangat ke muka kita ni? Tapi memang ramai pun cakap macam tu. Masa kat sekolah dulu siap ada junior yang panggil kita "The Lion of Aspuri". Garang sangat muka kita ni agaknya.

Masam ke kalau macam ni?

Ada rupa sombong ke?

Adakah muka garang?

Tapi harus diingat bila kita dah senyum, senyuman kita bisa mencairkan hati sesiapa jua yang memandangnya dan termimpi-mimpi siang dan malam......hahahaha......over......(ayat yang membolehkan orang baling selipar.....ayat tak boleh blah.....)

Cetengok gambar kat bawah ni.....Bukan ke ada wajah keibuan disitu? Tak sejuk ke mata korang tengok gambar ni.......hahaha.....


Gambar ni pulak korang rasa kita ayu tak?


Nak buat macam mana ye nak bagi muka kita ni nampak sentiasa senyum?

2 ulasan:

Lynn berkata...

Hmm..dont judge a book by it's cover..or..tak kenal maka tak cinta..hmm senasib la kita..dulu ramai orang komen kata lynn nie sombong siut..tapi rasanya ada org yang lebih sombong dr lynn..so sekarang..lynn suka la try control tak nak buat muka masam..dah muka kita jenis masam nak wat camna tak?

Angah.. bagus gak komen org tu..pas ni kalau nak turun keta je..sengih dulu..hahahahha..biar dorang nampak kekiutan sengihan mu...kekekekkk

Hilda berkata...

Tu la....macam kena belajar senyum pulak bila turun kereta....tapi takut dia tergoda pulak bila asyik senyum jer....huahuahua.....